Tutorial Menggunakan Template Blogspot Percuma dan Cantik Untuk Pemula

Hi Bloggers!

Artikel sebelum ini, saya sudah mengongsikan tutorial bagaimana untuk membina blog baru menggunakan platform blogspot. Sekarang, saya akan mengongsikan pula bagaimana untuk menukar template anda kepada yang lebih cantik tetapi percuma. Saya berikan satu contoh template yang saya gunakan, cantik dan percuma.



*Sila ke www.sofinahlamudin.com untuk paparan penuh template hingga ke bawah blog.

Template mempunyai beberapa jenis. Antaranya adalah :


  1. Responsive
  2. Magazine
  3. Business
  4. 1 Column
  5. 2 Column
  6. SEO Friendly
..dan banyak lagi mengikut kesesuaian jenis penulisan dalam blog kita. Untuk mendapatkan template yang percuma, ada beberapa laman yang menyediakannya. Antaranya,


Seperti yang saya jelaskan di dalam artikel "Tips asas menjadi blogger berjaya" , template juga memainkan peranan penting untuk blog kita. Oleh itu, pemilihan template yang cantik, kemas dan ringan adalah penting.

TUTORIAL MENUKAR TEMPLATE DI BLOG

Langkah 1:
Pilih salah satu laman template di atas. Contohnya www.gooyaabitemplates.com.

Langkah 2 :
Klik "Free Blogger Templates" .



Langkah 3 :
Pilih templates kegemaran anda di bahagian kategori. Saya memilih "Magazine"




Langkah 4 :
Klik "Demo" untuk melihat template secara penuh.



Langkah 5 :
Muat Turun templates yang anda pilih.



Langkah 6 :
Buka folder di mana anda save file yang dimuat turun tersebut. Kemudian, right click diikuti dengan "Extract Here".




Langkah 7 :
Buka "Dashboard" blogspot anda, kemudian, klik "Theme".



Langkah 8 :
Klik "Backup/Restore".



Langkah 9 :
Klik "Choose File". Dan "Double Click" pada folder yang anda save di komputer anda tadi. Kemudian, pilih file seperti di dalam gambar di bawah.





Langkah 10 :
Klik "Upload".



Langkah 11 :
Klik "View Blog" untuk melihat template baru blog anda.



Selesai menukar template blog anda. Selepas anda menukar template blog, terdapat beberapa perkara yang perlu anda lakukan iaitu mengemaskan susunan layout widget anda dan memasukkan kod HTML laman sosial anda jika perlu.

Demikian tips blogging untuk hari ini. Semoga bermanfaat.

Terima kasih kerana membaca artkel ini.

Sekian.


Anda blogger dari Labuan?
Sertai kami di
KOMUNITI LABUAN BLOGGER!

Share on Google Plus

Admin Sofinah Lamudin

Admin blog ini berasal daripada Wilayah Persekutuan Labuan. Sebarang cadangan, kerjasama, persoalan, periklanan, tempahan perkhidmatan boleh hubungi alamat emel ini - labuanblogger@gmail.com .

0 Komen: